Sunday, August 15, 2010

sepurnama berlalu....


alhamdulillah...
setinggi-tinggi kesyukuran buat DIA sang pencipta, masih lagi hamba ini diberi ruang dan masa untuk terus bergerak dan berfikir dalam alam ciptaannya, dalam kebesaran ayat2Nya. inilah dia kuasa nikmat masa lapang dan sihat tubuh badan yang kita tidak akan dapatnya dari mana2 sumber selain dari padaNya, Allah azzawajall.
sungguh... begitu besar nikmatnya takkan terhitung oleh kita hamba2Nya yang sarat dengan nilai2 kelemahan dalam diri.
firman Allah : " Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, pasti ia takkan terhitung"
(Ibrahim : 34)
hingga hari ini, walau jasad dan fikiran ini masih berlegar2 menyibukkan diri dengan urusan duniawi seperti assignment bergunung tinggi, pensyarah yang harus hamba ini kejari, rakan2 seperjuangan yang harus ku jaga hati dan kongsi ilmu yang dimiliki, tugasan luar yang masih lagi perlu dikemas kini, namun apakah itu semua relevan untuk menjadi alasan kemana hilangnya tuntutan yang di arahkan Allah, disaran Rasulullah?? amar makruf nahi munkar...
dunia hari sering melihat bahawa yang wajib itu solat, puasa dibulan ramadhan dan ibadah lain nya...tetapi apa pula persepsi masyarakat islam tentang dakwah, amar makruf, nahi munkar? bukankah itu juga perintah Allah. mari kita lihat umat sekarang..makin ramai yang tak peduli dakwah..makin ramai tidak seru ke arah kebaikan dan berapa ramai yang anjur maksiat.
" kamu masuk U nanti belajar btul2..mak tak nak la kamu aktif sangat dalam persatuan2 masjid tu...ye la mak tau anak mak ni baik tapi berpada2 dalam berpersatuan tu..pandai2la kamu fikir..mak nak anak mak berjaya je"
dialog inilah yang sering didengari tatkala si anak mula melangkah ke alam pengajian yang baru...solat diarah, maksiat dtegah..bagaimana pula dengn dakwah???
itu juga seruan Allah yang wajib kita penuhi. ada benar kata ibubapa dan memang benar kata2 Allah...melalui dialog diatas, masih ada lagi beberapa perkara yang perlu didiskusikan. masih banyak lagi 'cause and effect' yang perlu diketengahkan dan diberi jalan penyelesaian. mari sama2 kita fikirkan. InsyaAllah perbincangan akan menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment