Monday, August 16, 2010

jenayah akademik?


jenayah akademik....inilah salah satu tajuk yang begitu menarik minat saya sebaik sahaja membaca penulisan ust hasrizal jamil yg bertajuk sedemikian. tapi dah lupa kat blog or buku karya beliau.
apakah yang terbuku dalam sebaris tajuk itu...
jenayah seperti yang kita sedia maklum tanpa perlu membelek kamus dewan adalah suatu perkara atau perlakuan yang menyalahi undang2. wah berat ni klu di istilah kan sebagai jenayah...apa yang kita didedahkan adalah saban hari sering berlaku jenayah sosial diluar sana..terpampang di dada akhbar..mnjerit2 di corong2 radio..serta berdrama di kaca televisyen tentang kadar jenayah yang semakin meruncing tika ini...itu dilihat cukup serius bagi kalangan kita warga malaysia.
dari sudut yang berbeza dalam bidang akademik juga turut terpahat kalimah jenayah yang jarang sekali diambil perhatian. mungkin kerana tidak membahayakan orang sekeliling barangkali. apa yang kita boleh bayangkan dengan jenayah akademik ini adalah seperti budaya plagiarisme yang semakin berleluasa dlm kalangan pelajar. bukankah ini menjadi satu masalah besar kepada skop pendidikan di negara kita. kesannya malaysia bakal melahirkan cendikiawan2 palsu yang akan menerajui negara. relakah kita sebagai warga watan menerima si penipu sebagai ahli bijak pandai negara.ahhh cukup memalukan. satu sumber melaporkan bahawa ada seorang graduan dari U__ yang telah pun mndapat gelaran doktor, namun apabila disiasat latar belakang pendidikan serta kertas jawapan peperiksaan nya yang lalu, didapati dia merupakan bekas 'pengamal ' plagiarism. dia dipecat dari pekerjaannya dan ditarik semula ijazah yang telah diterima. sungguh memalukan. tepuk dada tanya iman.
tegarkah kita sebagai pelajar islam berkelakuan sedemikian yang kelak bakal mencalar diri sendiri, ibu ayah dan paling penting Islam. sanggupkah kita menjadi musuh dalam selimut terhadap agama. agama yang kita perlu juangkan kebenarannya.
disini ada lagi yang saya ingin kongsikan, berkenaan dengan siswa siswi yang berada dalam gerak kerja islam. yang komited dan berjaya , Alhamdulillah dan tahniah. namun masih ada lagi kerak2 nasi yang blum begitu memberi hasil kepada keenaka nasi air , nasi lemak mahupun nasi ayam.(nasi2 yang dmaksudkan adalah analogi kepada kemanisan agama islam).jika benarlah insan2 yang bawa islam ini adalah kerak nasi maka bolehlah disiram air untuk lmbutkannya walaupn tidak seenak yang diingini. tapi ini manusia. manusia yang makan nasi. adakah kerana makan kerak nasi insan jadi tak menjadi?? persoalan demi persoalan yang timbul. kemanakah perginya 'izzah anak2 muda yang juangkan islam ini? bukankah Allah berfirman dalam surah muhammad yang bermaksud siapa yang menolong agama Allah maka Allah akan membantu nya...bukankah itu yang dijanjikan Allah? adakah dengan tidak menempa kejayaan dalam bidang akademik bermakna Allah telah mungkir janji?
nauzubillahiminzalik...Allah itu miliki segala sifat kesempurnaan. Allah itu maha pemurah pada hamba2nya yang beriman. mari renung kembali firman Allah dalam Alquran yang bermnaksud kerosakan bumi ini di lakukan oleh tangan manusia2 itu sendiri dan dalam ayat lain pula Allah menegaskan Dia takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dengan usaha mereka sendiri. fikirkanlah...inilah ayat2 Allah..ada sesetengah da'ie hanya menyerah bulat2 segalanya kepada Allah tanpa sebarang usaha yang dikerjakan. mana mungkin Allah akan membantu hambanya yang sedemikian rupa.
" kita tolong agama Allah, Allah akan bantu kita insyaAllah"
begitulah kata2 yang sering didengari...tapi benarkah ia akan menjadi kenyataan dengan hanya kita bersenang lenang tanpa membuat sebarang ulangkaji? kita bukan imam syafi'ie yang suci hati dan iman nya yang hanya dengan sekilas pandang membaca kitab muwatto' imam malik, sudah dihafal semuanya. sedarlah kita kini di zaman yang serba cukup dengan segala jenis maksiat. apa yang tiada? semuanya lengkap berpakej. mampukah kita menangkis semua itu. hati berkarat dengan dosa, dakwah pun tidak banyak mana, keikhlasan hati belum tntu begitu tulus seindah pawana. mana kita nak bawa ilmu kita dengan hati yang blum cukup suci ini. sedarilah segalanya bermula dari dalam benak hati kita. andai hati dan diri kita tahu bahawa perjuanagn suci ini perlu menang suatu hari nanti, maka harus diingat bahawa nakhodanya juga perlu punya hati yang mulus suci. perlu ada azam yang tinggi perlu ada ilmu yang mencukupi. perlu ada nilai tambah dari kepelbagaian jenis ilmu lain. yang original. bukan yang cetak rompak. bukan yang perlu buku disisi ketika memberi tazkirah ringkas. nakhoda itu perlu tonjolkan contoh yang baik terhadap orang sekeliling. kalu kita sering gagal dalam kuiz misalnya, apakah kita akan dipandang mulia? ya mmg benar kita sering dipandang tapi bukan dengan pandangan yang kagum bahkan pandangan hina. bukan sekadar diri malah nama islam turut terjejas. astaghfirullah baru sedar bahawa begitu besar impaknya jika kita terus dalam dunia dakwah tanpa haluan dan matlamat. wahai diri rajinlah beljar, menuntut ilmu ikhlas keranaNya. berbekal semangat jihad kemenangan untuk ibubapa dan Islam. akhirulkalam, muslim should alwys be no 1.
faiza azam ta fatawakkal alallah.

Sunday, August 15, 2010

sepurnama berlalu....


alhamdulillah...
setinggi-tinggi kesyukuran buat DIA sang pencipta, masih lagi hamba ini diberi ruang dan masa untuk terus bergerak dan berfikir dalam alam ciptaannya, dalam kebesaran ayat2Nya. inilah dia kuasa nikmat masa lapang dan sihat tubuh badan yang kita tidak akan dapatnya dari mana2 sumber selain dari padaNya, Allah azzawajall.
sungguh... begitu besar nikmatnya takkan terhitung oleh kita hamba2Nya yang sarat dengan nilai2 kelemahan dalam diri.
firman Allah : " Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, pasti ia takkan terhitung"
(Ibrahim : 34)
hingga hari ini, walau jasad dan fikiran ini masih berlegar2 menyibukkan diri dengan urusan duniawi seperti assignment bergunung tinggi, pensyarah yang harus hamba ini kejari, rakan2 seperjuangan yang harus ku jaga hati dan kongsi ilmu yang dimiliki, tugasan luar yang masih lagi perlu dikemas kini, namun apakah itu semua relevan untuk menjadi alasan kemana hilangnya tuntutan yang di arahkan Allah, disaran Rasulullah?? amar makruf nahi munkar...
dunia hari sering melihat bahawa yang wajib itu solat, puasa dibulan ramadhan dan ibadah lain nya...tetapi apa pula persepsi masyarakat islam tentang dakwah, amar makruf, nahi munkar? bukankah itu juga perintah Allah. mari kita lihat umat sekarang..makin ramai yang tak peduli dakwah..makin ramai tidak seru ke arah kebaikan dan berapa ramai yang anjur maksiat.
" kamu masuk U nanti belajar btul2..mak tak nak la kamu aktif sangat dalam persatuan2 masjid tu...ye la mak tau anak mak ni baik tapi berpada2 dalam berpersatuan tu..pandai2la kamu fikir..mak nak anak mak berjaya je"
dialog inilah yang sering didengari tatkala si anak mula melangkah ke alam pengajian yang baru...solat diarah, maksiat dtegah..bagaimana pula dengn dakwah???
itu juga seruan Allah yang wajib kita penuhi. ada benar kata ibubapa dan memang benar kata2 Allah...melalui dialog diatas, masih ada lagi beberapa perkara yang perlu didiskusikan. masih banyak lagi 'cause and effect' yang perlu diketengahkan dan diberi jalan penyelesaian. mari sama2 kita fikirkan. InsyaAllah perbincangan akan menyusul kemudian.